Madah Sakura Minggu Ini

"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya ."

Friday, February 27, 2009

Tidak mahu mimpi itu lagi!!

semalam..
aku bermimpi lagi
apakah tanda mimpi itu
kata orang mimpi itu permainan tido
mimpi itu permainan syaitan
aku tak pasti yang mana satu
permainan tido???
permainan syaitan???
entahlah..
tapi bila difikirkan
aku dapati mimpi itu hanya sekadar mimpi
mimpi yg nak menghayutkan aku
jika terus dilayan
aku akan terhanyut hingga ke hujung dunia mungkin
mujurlah aku cepat terjaga
tersedar sebelum aku terdampar jauh ke hujung dunia
aku tak mahu terus bermimpi
kerana aku tahu mimpi itu tiada yang benar
Hari ini..
aku cuba melupakan mimpi semalam
menyibukkan diri hingga tak menentu
aku harap mimpi itu tidak muncul lagi
kerana aku penat untuk terus bermimpi
aku tidak mahu lagi bermimpi
kerana aku bukan berada di alam ilusi
diriku berada di alam realiti
jauhi aku dari mimpi itu ya Rabbi..

No comments:

Post a Comment