Madah Sakura Minggu Ini

"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya ."

Monday, April 27, 2009

Ada Ape Dengan RAMZIAH??

Selamat mengenali R.A.M.Z.I.A.H...
Kat sini aku nak kenalkan adik-beradik aku atau boleh juga dikenali sebagai anak-anak Datuk K ngan Siti (Abd Khalid -abah aku, Siti Robiah- mak aku)..hehe..

Mula-mula skali kenalkan, kakak aku yg sulung. Nama dia Ramziah nama panggilan kak yong. Dia ni dh berkahwin n ada nak sorang. Dialah satu2 nya dlm famili kami yg dah berkahwin selain mak n abah aku! hehe.. Skang ni dia tinggal kat kuala ganu dan bekerja di hospital ganu, berkahwin ngan org ganu, mpy ramai kawan di ganu. Bak kata aku.. makan ganu, tido ganu..n minum , mandi semunya kat ganu..Hobi dia aku tak bape pasti skang ni sbb dok jauh tak sempat nk mengkaji!! hehe.. kalo dulu dia suka tgk tv.. rasanya skang masih sama kot..cuma kekerapan tu mungkin kurang skit laaa..



Yg ni pulak, kakak aku yg second, nama dia Azira. Dia ni luaran nmpk agak ganas tp tak menganas pun.. seorang yg lembut ati.. skang dia sedang abiskan sisa praktikal dia kat kl nun..tapi tak lama lagi dia balik laa..dlm famili kami, dia bertugas sbg driver..hehe.. jgn marah ye kak ira!! gurau je.. Hobi dia ialah suka menonton naruto sampai berjam2.. tanpa makan, minum dan tido..hehe..




Yg ni.. aku la.. Mirzawati ..hehehe.. tak perlu diperkenalkan lagi kot.. kalo nk tau lebih lanjut sila baca profil aku kat sebelah tuu!!




Yg ni adik pompuan aku yg pertama, nama dia Zahizan. aku panggil dia ijan..Ramai yg konpius ngan status jantina dia bila dgr nama adik aku yg ni!! hehe..cian dia.. dulu masa kecil, dia ni suka main cikgu2 n skang dh jd kenyataan. Dia skang blajar kat USM bidang pendidikan pra sekolah..dh tahun ketiga.. selamat menjadi guru la ya lepas ni!! Hobi dia ialah makan laksa sebanyak yg mungkin..huuhu.. dasyat betul!!



Yg ni adik aku yg kembar..si abg!! (sori bukan gmbr sebenar tp bley diterima sbb muka dia mmg seiras). Nama dia.. Izuwan..Dia ni anak lelaki sulong la dlm keluarga aku.. secara teorinya je!! hehe.. skang ni bekerja kat kulim hi-tech sbg technician.. hobi dia aku rasa skang ni ialah menyedup asap.. tak kira ape2 asap, asap bas, asap kilang, asap bakar sate, asap rokok n bla..bla.. huhu..peliknya la hobi dia ni!!



Yg ni adik aku yg kembar satu lagi.. si adik! nama dia Izuadie.Tp kami panggil dia adik je!! heee.. tak malu dh tua2 pun org panggil adik lagi.... dia ni skang kija kat penang.. lukis pelan dgn pelan-pelan (pelahan) hehe.. Hobi dia mengayat pompuan!! So, anak dara di luar sana sila berhati2 ngan org ini..haha..

Yg ni adik lelaki bongsu aku, nama dia Ameer Hamdan. Dia ni berperangai agak pelik!! bukannya ape..dia suka lepak kat umah, tak mcm budak laki len yg suka kuar ngan member!! tak kira hari cuti ke, hari raya ke, hari-hari ke.. kijanya lepak kat umah je!! Hobi dia main Bola sepak dlm PS2 bukannya di padang tp di dlam umah!!



Yg ni pulak Hidayah.. kami panggil dik dat.. dia ni adik aku yg bongsu. Baru abis SPM tahun lepas. Skang tgh menganggur. Berangan nk masuk universiti.. ntah dpt ntah tak..hehe.tp aku hrp dia berjaya la mcm kakak2 n abg2 dia!! Hobi dia suka sms tak kira siang mlm pagi petang..
sms..sms..sms..



Kalo korang perasan la..Huruf pertama pada nama kami adik beradik kalo dikaji, dicantum dibuat analisis, korang akan dapati ia akan membentuk nama kakak yg sulung!! RAMZIAH..

Mari kita lihat..


Ramziah

Azira

Mirzawati

Zahizan

Izuwan & Izuadie

Ameer Hamdan

Hidayah


p/s: semua nama2 kami ini diberikan oleh individu-individu yg berlainan. Ia bukanlah dirancang sebaliknya kebetulan semata-mata..hehe.. unik n sgt pelik kan!! Tanpa salah satu maka tak lengkap lah nama tuu..








Sunday, April 26, 2009

OnE SuMMer NigHt


Petang tadi.. masa aku sedang dok sorang2 tetiba aku terdengar lagu ni.. 'One Summer Night'..tergiang-ngiang kat telinga aku..aku masih ingat lagi first time aku dengar lagu ni kat SL. ada seseorang yg mainkan lagu ni.. time tu aku terus jatuh ati ngan lagu ni, melodinya, liriknya, org yg mainkannya..opppss..hehe.. Tanpa berlengah lagi aku terus m'minta lirik dan lagu ni dari org tu.. bermula pada hari tersebut, tiap2 ari aku akan dgr lagu OSN ni kat sl, kat lab, kat bilik, kat umah sp.. kesimpulannya lagu ni mmg best la!! i luv it.. kat bawah ni aku sediakan lirik lagu OSN utk sesiapa yg berminat nk nyanyi.. sebelum aku terlupa aku nk ucapkan terima kasih utk org tu sebab dia buat aku jatuh hati ngan OSN!! tima kasih ya awk!!


Ni liriknya:


One summer night
The stars were shining bright
One summer dream
Made with fancy whims
That summer night
My whole world tumbled down
I would have died, if not for you
Each night I'd pray for you
My heart would cry for you
The sun won't shine again
Since you have gone
Each time I'd think of you
My heart would beat for you
You are the one for me
Set me free
Like sparrows up the trees
Give a sign
So I would ease my mind
Just say a word
And I'll come running wild
Give me a chance to live again
Each night I'd pray for you
My heart would cry for you
The sun won't shine again
Since you have gone
Each time I'd think of you
My heart would beat for you
You are the one for me

Saturday, April 25, 2009

Bila rasa gembira..

Jom kita nyanyi ramai2!!
Bila rasa gembira tepuk tgn.. Nyamuk mati!!
Bila rasa gembira tepuk tgn.. Nyamuk mati!!
Bila rasa gembira beginilah caranya..
Bila rasa gembira tepuk tgn.. Nyamuk Mati!!
Bila rasa gembira petik jari.. Tak berbunyi!!
Bila rasa gembira petik jari.. Takberbunyi!!
Bila rasa gembira beginilah caranya..
Bilarasa gembira petik jari.. Tak berbunyi!!
Bila rasa gembira tepuk paha.. Aduh sakit!!
Bila rasa gembira tepuk paha.. Aduh sakit!!
Bila rasa gembira beginilah caranya..
Bila rasa gembira tepuk paha.. Aduh sakit!!
Bila rasa gembira hentak kaki.. Gempa bumi!!
Bila rasa gembira hentak kaki.. Gempa bumi!!
Bila rasa gembira beginilah caranya..
Bila rasa gembira hentak kaki.. Gempa bumi!!
Bila rasa gembira buat semua.. Nyamuk mati!!
Tak berbunyi!!.. Aduh sakit!!.. Gempa bumi!!
Bila rasa gembira beginilah caranya..
Bila rasa gembira buat semua.. Nyamuk mati!!
Tak berbunyi!!.. Aduh sakit!!.. Gempa bumi!!
P/s: Nyanyi lagu ni ikut rentak yg biasa cuma tambah skit je perkataan dihujungnya..

Friday, April 24, 2009

kisah semalam..

malam..
semalam..
lewat malam..
malam yg sunyi..
malam yg dingin...
malam yg hujan..
malam bersama..
kekaltu malam..
tido lewat malam..

Saturday, April 18, 2009

lagu yg menyayat ati..

Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku Tentang erti rindu
Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi seingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi
Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terlarang oleh orang tua
Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya

Hati yang perlu berhati-hati..


Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu
Tepis-tepis kata yg sinis
Yang panas ku jadikan membeku
Bahagia aku kemudi selalu
Biar ku menuju jalan tak berbiku
Biarkan cemburu berkubur
Asalkan tak cemari hidupku
Biarkan ku senyum selalu
Tandanya ku tiada seteru
Jangan kau terpenjuru
Jangan kau bercelaru
Diriku bukan milikmu


"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."

Jom Nyanyi..



Potong bebek angsa,
masak di kuali
Nona minta dansa,
dansa empat kali
sorong ke kiri,
sorong ke kanan,
tra..lala~lala~lala~


P/s: lagu ni sy blajar masa pergi kursus prawaran pandu putri kadet baru2 ni... dia ada tariannya yg tersendiri. Kalo sesiapa yg berminat nk blajar bley dtg kat umah masa hari raya nnt..^_^..

Lagu mana?? Lagu tu la...



Hmmm... ari ni tak pegi ke mana2. Juz lepak kat umah sambil lakukan hobi aku iaitu membuat assigment!! Nape la assigment aku ni tak abis2 ni.. makin buat makin banyak lagi lak yang blum siap..Aduhh...sakit betul..Betul la kata orang, nk senang bukannya senang!! Sampai berpinar mata aku asyik dok ngadap laptop nie.. ni aku tulis blog ni pun sebab nk release tension.

Lepas ni aku kena kompos lagu lak.. dua buah lagu. Lagu apela yang aku nk wat ni??? lirik pun tak tau lagi..maksud aku belom dapat ilham lagi nk tulis lirik ape.. ade sesiapa yg sudi sumbangkan lirik utk aku tak?? Tetiba je aku kena kompos lagu.. memang bidan terjun betul!! dh la tu tiup rekoder pun tak pandai lagi.. terhegeh2 jer..huhu.. abis la aku camne nk ajar student aku nnt.. Tapi kadang-kala bila fikir balik best gak wat benda2 baru camni!! banyak yg aku dh belajar sepanjang kat ipda ni.. bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.. ehh.. sesuai ke perumpamaan ni?? entah la hentam je la..malas aku nk fikir.. lepas ni nk kemas beg utk camping lak.. ok.. bye bye semua.. harap korang semua berjaya dalam hidup masing2..

Friday, April 17, 2009


Minggu depan aku nk kena gi BIG (Bina Insan Guru) lak kat Lumut. Perkhemahan tu mula ari Ahad sampai ari Rabu..aktivitinya agak dasyat gak la.. ada 2 aktiviti. first kat darat n second kat air. aktiviti kat air tu kami kena berkayak selama 2 jam untuk sampai ke teluk yg berdekatan. manakala untuk aktiviti darat pulak, kami kena meredah hutan. Malam terakhir kat sana, kami kena wat persembahan utk malam kebudayaan. pasal makanan tentunya kena masak sendiri la.. mcm yg pernah dibuat masa kat Bentong dulu. penginapan lak adalah di dalam khemah bertaraf 1.0 bintang. Tp yg membimbangkan aku ialah.. kami ke sana tanpa dilindungi insuran..huhu.. harap2 takda kecelakaan yg berlaku.. Ya Allah, lindungilah kami semua dari malapetaka.. AMin...

Sunday, April 12, 2009

aku nk pegi!!!

Wah tak sabar rasa nk pegi camping.. tingat balik masa kat Bentong bersama rakan-rakan sekolah tangan gerak suatu masa dulu.. tapi kali ni dah lain.. dah takde muka-muka yg sentiasa wat aku rasa bahagia..buat aku rasa gembira..buat aku rasa dilindungi..buat aku rasa terhibur.. semuanya dh membawa haluan sendiri.. itulah dinamakan hubungan persahabatan..kadangkala mengamit memori yg tak boleh dilupa walo mati berkali-kali.. huhu.. kenapa tetiba rindu lak kat kengkawan sekolah tangan gerak!!! korang.. aku sayang korang semua..Semoga dapat bertemu kembali..

Persoalan...

Seminggu yg begitu pantas dah berlalu.. emm..cepatnya masa berlalu.. nampaknya dah semakin bertambahlah usia aku..Hmm.. apa yang dah aku buat selama ini??? dah terbalaskah budi aku pada org tuaku?? dah tertunaikah tanggungjawab aku kat keluarga, rakan, masyarakat, negara dan agama?? berapa banyakkah hati yg dah aku sakiti?? berapa banyakkah hati yang aku ubati?? adakah aku layak untuk dimaafi?? adakah aku ini sanggup memaafi?? wahhhh..rupa-rupanya banyak persoalan dalam hidup ini.. cuma kadang-kadang kita yang sering terlupa dan terleka.. bila dh terhantuk baru nk rasa sakitnya.. apapun semua itu terletak pada diri kita sendiri.. THINK ABOUT URSELF...!

Friday, April 3, 2009

Nape ni??

Rupa-rupanya memang susah nk menghilangkan memori ni..
macam2 dh cara yg dibuat tp masih tak boleh..
kenapa masih tingat lagi kat xxxx..
macam mana nak lupakannya..
ada sesiapa yg boleh tolong??
nak lupakan xxxx.. memang susah sbb dh lama ada dlm memori..
tp aku kena lupakan juga...
nk jaga kebahagiaan org lain..
aku terpaksa buat pilhan yg berat ni..
maaf buat xxxx..