Madah Sakura Minggu Ini

"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya ."

Saturday, February 21, 2009

Semut oh semut...


KEBIASAANNYA kita mengetahui manusia yang memandu kenderaan di jalan raya akan sentiasa mengikut arahan atau undang-undang trafik bagi melancarkan perjalanan dan mengelakkan kesesakan.

Bagaimanapun, kajian mendapati kumpulan semut yang sentiasa bergerak dalam barisan juga mempunyai sistem pengurusan trafik mereka sendiri bagi menggelakkan kesesakan dan menganggu perjalanan.

Menurut kajian terbaru, kumpulan semut akan mengikut laluan yang telah disediakan oleh pihak ‘berkuasa’ mereka yang membuka jalan yang paling selamat dan mampu mengelakkan dari menjadi mangsa.

Ahli biologi dari Princeton University, New Jersey, Iain D. Couzin yang menjalankan kajian itu berkata kecekapan pengurusan laluan trafik telah menjadi elemen utama dalam masyarakat serangga.

Kajian terhadap tentera semut yang dikenali sebagai Eciton Burchelli (E.Burchelli) yang tinggal di tengah dan Amerika Selatan menunjukkan bagaimana pengurusan kesesakan diperlukan bagi memastikan kelancaran laluan hampir setengah juta semut jenis itu.

Ketika mencari mangsa sebagai sumber makanan, kira-kira 200,000 kumpulan tentera semut E.Burchelli akan bergerak secara teratur dari sarang mereka dalam pelbagai laluan seperti lebuh raya. Laluan yang digunakan oleh golongan semut ini telah membentuk sehingga 20 meter lebar dan 100 meter panjang dan mereka boleh menyerang kira-kira 30,000 pemangsa mereka dengan mudah. “Semut-semut ini boleh membersihkan kawasan sehingga 1,500 kaki persegi dalam masa sehari dan menakluk kawasan tersebut untuk mendapatkan sumber makanan,’’ kata Couzin yang dipetik dari National Geographic.

Antara peraturan trafik mudah yang diikuti oleh semut-semut ini ialah mereka akan memberi laluan kepada barisan semut yang datang dari arah bertentangan dan semut-semut di hadapan pula akan meninggalkan bekas dalam bentuk bahan cecair yang akan memudahkan semut lain mengikut laluan itu semula jika terkeluar barisan.

No comments:

Post a Comment