Madah Sakura Minggu Ini

"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya ."

Monday, October 27, 2014

kuda... kuda laut... kekuda...

Benarkah kuda laut jantan lahirkan anak?

Sebenarnya kuda laut betina telah menempatkan lebih 100 telur ke dalam kantung yang terdapat dalam abdomen kuda laut jantan.
Kuda laut jantan kemudian mengeluarkan sperma ke dalam kantung itu untuk persenyawaan telur berkenaan.
Embrio akan membesar di dalam kantung itu dan mendapat makanan daripada pundi-pundi di dalam kuning telur masing-masing.
Proses pengeraman akan berlangsung selama dua sehingga enam minggu bergantung kepada spesies kuda laut tersebut.
Selepas cukup sifat, kuda laut jantan itu akan melahirkan anaknya yang kecil berukuran satu sentimeter panjang.
Terdapat 35 spesies kuda laut di seluruh dunia dan ukurannya pelbagai iaitu antara lima hingga 36 sentimeter.
Kuda laut terkenal sebagai penyamar yang cekap di dalam air kerana ia mampu bersembunyi di celah-celah rumpair dan batu karang.Ia makan dengan menyedut plankton yang kecil dan larva ikan.

TekaNan PeBUnUH SEnyaP


Amat ironi apabila seorang doktor berkata penyakit berpunca kuman tertentu manakala doktor lain pula mengatakan, ia bermula daripada dalam diri. Kenyataan ini amat mengelirukan tetapi apabila dikaji pandangan kedua-duanya ada kebenaran, bergantung pada perspektif mana punca penyakit ini dikesan.


Bayangkan anda kehilangan orang dikasihi dan sukar mengatasi kemurungan berbulanbulan. Tanpa disedari anda berada dalam tegangan—tekanan perasaan yang sekali gus mengubah corak kehidupan anda. Perasaan ini membuat anda lemah, tidak bermaya dan ketika ini juga anda mudah dihinggapi penyakit —sakit perut, sakit tekak, selesema atau demam.


Kenapa ia berlaku? Apabila perasaan anda tertekan berpanjangan, daya tahan tubuh menjadi lemah, mudah baginya dihinggapi penyakit. Jika dikata penyakit itu datang macam ribut, pergi umpama semut, perumpamaan ini kurang tepat. Sebelum disahkan doktor anda menghidap sesuatu penyakit, tanda-tandanya sudah ada. Cuma kerap kali tanda-tanda ini tidak begitu diambil berat, mungkin kerana kurang pengetahuan ataupun anda berfikir ia masalah kecil.
Sungguhpun banyak sebab tegangan dikaitkan tuntutan dan tekanan hidup, ada reaksi psikologi dan emosi seperti insomnia, raguragu, risau dan murung, ia juga meninggalkan kesan pada tubuh badan. Tegangan fizikal ini menjadi punca pelbagai penyakit.


Kajian
Pelbagai kajian dibuat bagi mengaitkan hubungan antara penyakit dengan tegangan. Thomas Holmes dan Richard Rache, dua penyelidik Amerika pada 1967 mencipta Social Readjusment Rating Scale (SRRS) bagi mengukur tegangan dihadapi manusia. Mereka mendapati kematian pasangan, penceraian atau perpisahan, masalah be~ kaitan keluarga atau peribadi, mening gal kesan paling tinggi dalam hidup manusia.


Manakala perubahan tabiat makan, bercuti, menyambut perayaan ataupun melanggar undang-undang kecil, ke sannya paling rendah.


Bagaimanapun, penyelidikan mereka ini tidak menunjukkan keadaan sa ma di Malaysia kerana ia mengambil kira faktor kepercayaan, budaya, agi ma, keutamaan seseorang dan nilai hidup yang sentiasa berubah.


Satu cabang perubatan, psycho-neur immunology (PNI) pula menunjukkan tegangan dijadikan faktor asas, menu runkan daya ketahanan badan (faktor kedua) membuat badan lemah dan mu dah dijangkiti penyakit termasuk kanser (kesan terakhir).


Dr Hans Selye, Dr Hans Selye, pakar endokrin Ka nada (1956) membuktikan secara epidomologi kaitan antara tegangan dan barah usus (peptic ulcer). Kajiannya mendapati golongan ikhtisas seperti doktor, eksekutif perniagaan, guru mudah mendapat penyakit ini.


Rawatan melalui pembedahan kurang berkesan, 80 - 90 peratus kes berulang. Tetapi apabila mereka mengubah gaya hidup (rawatan tanpa pembedahan), kurang menghadapi tegangan, mengamal diet sihat, meditasi kesan pulihnya lebih baik dan kekal.


Ivan Pavlov (1849 -1936) Ivan Pavlov (1849 -1936) fisiolo Russia mendapati jika perasaan gembira, marah atau tegangan dapat dikawal, H pylori (sejenis bakteria) tidak menimbulkan masalah di dalam perut Melalui pemerhatian pesakit gastric (perut ditebuk dan dilihat dalam nya), apabila marah atau menghada tekanan, dinding perut berkilat, seolah-olah terbakar dan asid hidroklorik, komponen jus gastrik mencurah keluar. Asid ini keluar tanpa paksa jika seseorang berada dalam keada tertekan. Ia mengganggu perut.


Tindak balas tubuh kepada tekanan
Mengikut Anthony Yeo dalam bukunya, Menangani Masalah Tekanan, tubuh manusia memiliki satu pola tindak balas penyelamat hayat—bertindak dalam pelbagai keadaan tekanan. Tindak balas ini ditemui Selye. Apabila berada dalam keadaan tertekan, tubuh badan bertindak seperti berikut:
Sistem saraf simpatetik, salah satu daripada dua cabang utama sistem saraf automatik, menggerakkan kimia yang menyusun rembesan hormon.
Kelenjar pituari (di bawah otak) mengeluarkan hormon biasa ACTH hormon adrenocorticotropic) ke dalam aliran darah.
Apabila ACTH sampai ke kelenjar tirenal yang terletak di atas buah pinggang, ia membentuk satu tindakan lalu mempergiat pengeluaran adrenalin ke dalam aliran darah dengan sekumpulhormon dipanggil corticoids. Kumpulan hormon ini menjadikan tubuh badan dalam keadaan terangsang.
Aliran darah—sistem perhubungan dan pengangkutan am bagi tubuh imembawa kimia tekanan kepada setiap sel walaupun jauh kedudukannya, dalam tempoh lapan saat.
Pertambahan tindakan ini akan diberitahu kepada jantung paru-paru dan otot melalui arahan menjalar melalui prat saraf. Kesannya sistem saraf simpatetik yang giat:
Otot-otot menjadi lebih penuh dengan darah kerana saluran darah sempit dan meningkatkan tekanan darah. Pada waktu sama arah aliran darah juga diubah keterlaluan, menjadikan jarijari fangan dan kaki sejuk.
Rentak otot meningkat dengan cepat, menjadikan tindakan otot lebih cekap dan cepat.
Hati menukar glikogen yang tersimpan dalam bentuk glukosa yang diperlukan dengan banyak oleh otot dan otak.
Pemafasan deras dan berat, menmgkatkan oksigen dalam darah supaya otot dan otak dapat membakar glukosa dengan berkesan.
Jantung berdenyut cepat, menghantar bekalan darah berlebihan ke bahagian tubuh yang memerlukan.
Peredaran darah berubah radikal. Sistem keutamaan dikaji semula. Bekalan darah berlebihan di dalam perut dan usus segera dikurangkan untuk memberi laluan kepada keutamaan lain. Ini menyebabkan sistem penghadaman terjqas apabila tubuh mengalami tekanan berat dan berpanjangan.
Kegiatan elektrik otak diperhebat apabila darah menyerbu ke kepala. Ini membolehkan pengawalan kesedaran optimum tindakan tubuh badan. Sejumlah otak ditumpukan bagi menyedia tindakan, yang menjelaskan kesukaran berfikir pada peringkat abstrak ketika berada dalam keadaan gugup.
Pendengaran menjadi tajam.
Anak mata terbeliak, penglihatan lebih sensitif.
Agen pembekuan meningkat pemekatan darah.
Karl Albrecht di dalam Stress and the Manager (1979): "Tindak balas tekanan ialah pergerakan kimia yang disesuaikan di dalam seluruh tubuh manusia untuk memenuhi keperluan dalam pergelutan kehidupan dan kematian atau untuk mendapatkan kebebasan yang pantas dalam keadaan itu. Tindak balas tekanan ini bergantung kepada penanggapan otak terhadap betapa parahnya keadaan."
Barah perut
Kajian (1990 -1991) mendapati, jangkitan H Pylori antara punca kanser perut selain kerap mengambil makanan berjeruk dan masin, kurang hadam nitrat (sejenis garam yang terhasil daripada tindakan kimia asid nitrik dan alkali), ataupun kurang mengambil Vitamin C atau E.
Ia terjadi kesan penekanan pembunuh semula jadi (sel N K) yang khusus menyerang sel berbahaya apabila ketahanan badan lemah. Kanser perut ini banyak menyerang masyarakat Jepun yang terkenal kerana ketekunan dan daya saing kerja yang tinggi.
Tegangan ini juga menjadi antara punca ulcerative colitis, penyakit radang usus yang kerap dialami mereka berusia 20 - 40. Antara gejala penyakitnya, cirit-birit dengan najis lembut bercampur lendir dan sedikit darah. Tabiat semula jadi yang terlalu bergantung kepada orang lain, taksub kepada sesuatu perkara seperti kebersihan dan kekemasan serta tidak berupaya bersantai dan berehat, boleh menjurus kepada penyakit ini.
Pengambilan antibiotik membantu melegakan tetapi ketegangan masih ada. Ia juga meninggalkan kesan pada tekanan darah, jantung, ginjal, otak, mata dan anggota lain jika diambil berlebihan.
Kesan kerap mengambil ubat atau dadah
Rawatan paling mudah apabila menghadapi penyakit ialah dengan mengambil ubat disyorkan doktor. Pil mengandungi dadah ini memang melegakan tetapi ada kesan pada tubuh. Tanpa kita sedari ia menjejaskan sel, tisu dan anggota dalam badan.
Misalnya, badan yang sering terdedah kepada tindak balas metabolik, merosakkan bahan genetik dalaman sel, deoxyribonucleic acid (DNA), juga terhasil daripada tindak balas kimia dalam makanan, sebatian oksigen dalam lemak (oxidised fats), pencemaran udara, air dan tanah, dadah dan semburan pengesan bahan galian. Radiasi seperti sinar kosmik, sinar-x atau sinar ultralembayung daripada matahari juga meninggalkan kesan.
Bagi mengelakkan'gangguan' ini, tubuh mengorbankan vitamin antioskida diperolehi daripada makanan ataupun memantap homeostatis dengan mekanisme tepat bagi memperbaiki kerosakan tisu. Yang penting kerosakan DNA dapat diperbaiki.
Tegangan berpunca tindakan kimia dalam jangka wakfu singkat dan tidak menyeluruh, sel cepat pulih dan tidak meninggalkan kesan pada tubuh. Dalam kebanyakan kes, bahan kimia ini sudah terkumpul bertahun-tahun hingga melumpuhkan fungsi sel.
Keadaan sama terjadi apabila gen yang mengawal pembiakan sel berganda (cellular multiplication) terjejas, kanser mungkin terbentuk. Jika gen pembiakan terjejas, anak dilahir mungkin cacat.
Diet
Diet mengundang tegangan tubuh apabila tinggi pengambilan gula dan karbohidrat terpilih. Bagi mengimbangi kandungan gula dan karbohidrat dalam darah, pankreas akan mengeluarkan insulin dengan banyak. Tegangan dan tuntutan insulin yang banyak ini menyebabkan tisu islet tidak membiak, mematangkan serangan diabetes mellitus.
Punca lain kencing manis, antaranya keturunan, usia, jantina dan kegemukan. Ia juga dialami wanita hamil.
Penyakit kardiovaskular
Baka dikatakan antara punca penyakit kardiovaskular. Penyelidikan menunjukkan, tekanan secara langsung atau tidak langsung membebankan keadaan sedia wujud. Antara penyakit kardiovaskular:
Thombosis koronari—pembentukan atau kewujudan darah beku pada saluran darah di dalam jantung.
Serangan jantung—tekanan berpanjangan mempercepat serangan, menyebabkan kolesterol dan unsur-unsur lemak berkumpul dengan sendiri di dinding arteri secara berlebihan hingga menghalang arteri ini.
Ritma jantung tidak normal.
Saluran koronari jantung
Kesan merokok, diet yang kaya lemak tepu, pil (hormon) melega tegangan dan makanan tinggi kolesterol boleh menyebabkan perlambakan plak
pada intima, lapisan dalam saluran darah. Saluran ateri menjadi sempit, mengurangkan bekalan darah ke myocardium, yakni otot jantung. Saluran yang terjejas ini menyebabkan pesakit berasa sakit dada apabila tubuh bekerja keras seperti menaiki tangga atau ketika berlari jarak dekat. Kekurangan bekalan darah dan oksigen boleh merosakkan myocardium.
Pendarahan
Sama ada sihat atau sakit, tubuh kita sentiasa berada dalam satu tahap tegangan. Tegangan membawa kesan buruk apabila kita sakit atau menghadapi trauma. Ia juga boleh membawa maut.
Katakan anda luka dan berlaku pendarahan berlebihan. Badan akan menghantar tanda amaran seperti rasa sejuk, berpeluh, tekanan darah rendah, darah dan oksigen kurang dialir ke peluruh badan, kencing sedikit, bemafas pantas dan tercungap-cungap, ia tanda membimbangkan. Jika tidak mendapat rawatan segera, jiwa mungkin me, layang.
Apabila tubuh mengalami tegangan, badan menunjukkan rasa tidak selesa yang memaksa kita berbaring. Ini ra, watan semula jadi dan amat berkesan memulih tegangan jasmani.
Keadaan berkait dengan otot
Tekanan berpanjangan menyebabkan otot berkaitan membentuk simpula. dan menyebabkan kesakitan. Kesannya pening kepala atau migrain, sakit ditengkuk dan bahu serta sakit bahagian belakang badan. Simpulan ini boleh terjadi di kulit kepala (menimbul. kan pening kepala), rongga oral, tengkuk, bahu dan di bahagian belakang badan.
JELITA, APRIL 1997,M/S 86-88

Monday, April 1, 2013

ku kembali...

abah..... abah.... abah..... emmm.... rindunyer aku kt abah... mungkin sebab kerinduan itu aku bermimpi semalam... berborak sambil abah baring di depan muka pintu seperti hari2 sebelum ini... aku gembira dapat berjumpa dengan abah walopun hanya di dalam mimpi... walopun aku tk ingt ape yg diborakkan dgn abah dlm mimpi tu tp aku seronok sgt sbb dpt tgk muka abah gembira... dh tk sakit.. dh tk lesu.. dh tk pucat macam saat2 abah melawan penyakitnya... aku berdoa semoga roh abah tenang dan bahagia di sana...

abah...
terima kasih kerana menyediakan segala-galanya utk kami...
terima kasih kerana menjadi ayah yg terbaik utk kami...
terima kasih kerana bersemangat berjuang melawan penyakit...

abah...
kami syg abh sampai bila-bila..

Thursday, October 6, 2011

kembali seketika..

setelah hampir 8 bulan menyepi kini aku kembali.. utk pengetahuan kengkawn smua, mizawa sibuk sgt bila dh berada di skola baru ni.. almaklum la big boss nyer pompuan.. so smua kija mesti mau perfect!! n ank buah di bwh ni kena la ikut kalo tk mau nama naek dlm meeting mingguan..huhuhu..

skang dh selesai peksa UPSR.. tp PKSR 2 lak menanti murid2 tahun 1 smpi 5... ingtkn pas UPSR dh kurang sikit tekanan n bebanan kija.. rupanyer sama je.. huhuhu. (rupanyer aku ni berangan lebey).. tp tkpe.. perjuangan perlu diteruskn.. Ya.. perjuangan perlu diteruskn sbb ini la rezeki aku.. di sini la aku memerah keringat (terutama time tghari..dok turun nek tangga gi kelas), melontarkn suara yg tk merdu ini ..bukan utk memarahi murid tp utk menyampaikn ilmu yg ade sbb mulut aku tk termampu melawan 43 mulut yg ade dlm kelas.. jd terpaksa la melontarknnya sekuat yg mungkin.. skali skala suara ni dh hampir mnjadi suara si artis Ella atau Wann.... semua ni rencah kehidupan yg aku lalui sbgai seorng guru. seronok, menghiburkn, stress, geram.. semua ada...

zaman dh berubah... bdak2 zamn ni dh tk sama ngan zaman aku dlu..80an.. budak skang lebey berani, lebey agresif n lebey dasyat kalo nk dibandingkn dgn bdak2 yg lahir tahun 80an dulu.. emmm... smua ni cabaran yg perlu dihadapi oleh aku n kwn2 setugas.. smoga kami diberi kesabaran yg tinggi dlm mendidik n menyampaikn ilmu..

Saturday, February 19, 2011

now...

Now..
i'm happy with you..
Now...
i'm thinking of you..
and
Now...
i'm waiting for you..

Sunday, February 13, 2011

mari blajar memasak..

Assalamualaikum smua... bersua lg kite pada hari ni.. kali ni aku nk kongsi sedikit ilmu bersama korang smua.. especially bg member2 pompuan yg ade kt luar sana.. jom kite blajar memasak..hehehe.. aku bukan pandai sgt la bab memasak ni.. tk leh tanding ngan chef2 kt luar sana tu.. stakat masak utk diri sendiri n famili leh la..hehe..


Tanpa berlengah lagi jom kite ke dapur....

Ok.. ni adalah bahan2 yang perlu korng sediakn..
jumlah nyer bergantung kepada bape byk yg korng nk.. pandai2 la korng bajet sendiri.. kalo rasa nk pedas lebihkn cilinyer.. rasa nk nmpk ijau lebey bykkn daun karinyer.. hehehe.. oppsss.. baru aku pasan kt sini tk de pic telur.. jap aku upload...
Mari kita mulakn... emmm.. mula2 korng kena rendam dulu kacang dhal tu semalaman.. sok nye korng toskn kacang tu n blender smpi halus.. kalo ade skit2 yg tk hancur tu biarkn je la.. jgn paksa diri lak gi hancurkn satu2..hehe..
Ok.. smbil blender tu leh la korg kupas bawang besar n potong dadu.. bilangan dia terpulang pd citarasa masing2.. pastu korng potong lak cili kering dlm 1/2 cm.. kendian campurkn smua td dlm bekas yg ade kacang yg dh siap diblenderkan td tu.. pastu basuh jintan manis n jintan putih.. masukkn skali.. opsss.. jgn lupa lak daun kari.. masukkn skali.. kalo rajin leh hiris daun kari tu halus2 tp kalo kemalasan penuh satu badan, korng taruk trus camtu pun ok dh.. tp tangkai dia tu korng buang la jgn nk taruh skali lak!! tu pemalas thap gaban tuuu.... langkah seterusnye korng masukkn garam dan gula secukup rasa.. skang leh pecahkan telur dlm adunan td.. (bilangan telur bergantung kpd banyak adunan yg korang wat.. kalo sikit letak sebiji pun dh cukup..) akhir skali korng gaulkan smua tu sampi jd cam rajah 1 .. biar rata..
Rajah 1
Langkah seterusnye.. korng panaskn minyak.. rujuk Rajah 2
Rajah 2
Agak2 kuali tu dh cukup panas.. ni la masanye korng leh masukkn adunan td dlm minyak yg panas tu.. (sila berhati-hati ngan minyak panas.. takut kang berparut lak..huhuhu) ... Korng leh tgk Rajah 3 lak..
Rajah 3
Setelah siap digorng... ape?? tk tau camne nk tgk dh masak ke blum?? lorr.. tgk je dh warna ala2 kuning+cokelat+warna hangit skit tu.. kira masak la tu..hahaha..
korg dh leh angkat dh masakan korng tu.. tadaaaaaaaaaaaaaa.... !!! Ini la hasilnyer...
kuih Vadai..
Sesuai dibuat utk minum ptg atau pun bersarapan... gerenti suami korng jatuh cinta lg skali kt korng sbb dia kagum korng pandai wat kuih!! n lebey kagum lagi sbb korng tetiba rajin nk wat kuih minum ptg utk dia!! hahaha...slamt mencuba...
P/S: kalo ade sebarng kemusyikilan leh kontek trus ngan mizawa ye.. ^___^.



















Friday, February 11, 2011

Tika begini....

Sebuah lagu yg penuh nostalgia..
smoga anda smua terhibur...

Thursday, April 29, 2010

koNvoKesyeN MizawA ...

ni ari konvo aku kt maktab... pic ni diupload utk tatapan member2 smua.. tgk la kalo nk ..taknk pun kena tgk gak!! hehehe...


Sunday, April 4, 2010

selesai dh satu perkara... alhamdulillah...bukan senang nk hadapi masalah yg btul2 mnguji kesabaran.. emosi.. jiwa dan pemikiran ni... mujurlah aku masih ada kewarasan pikiran walaopun kdg2 goyah jugak!! huhu..
wat masa ni kalo ditanya perasaan aku... hmmm.. aku akan jawab aku rasa lega!! yg teramat lega... mcm ilang ketul batu yg besar atas bahu aku ni... lega sgt.. selama bbrp hari ni aku menggalas je batu tu dgn penuh kesabaran.. sampi dh rasa letih sgt n hampir2 aku putus asa n mahu menyerah kalah... tp mujurlah blom menyerah kalah... aku perlu berjuang... perlu kuat n perlu menggunakn kebijaksanaan yg allah kurniakn utk membuang batu yg digalas ini... akhirnya.. berjaya!! harap selepas ini tiada lagi batu yg seperti ini perlu aku tanggung.. terlalu berat... tak larat lagi dh...huhuhu...
aku nk idup aman..bahagia... n hepi je ngan org2 yg aku syg...tanpa perlu menggalas batu2 yg berat2 tu semua...harap2 dpt la...amin

Saturday, March 13, 2010

tukar plan...


Tak semestinya yg dirancang itu akan menjadi...

kita hanya merancang tp yg menentukannya hanya lah Dia..

ape pun yg berlaku itu sudah pasti ade hikmah di sebaliknyer...

renung2 kan dan fikir2 kan lah...

insyaallah kita takkn berasa sedih atau kecewa...^___^