Madah Sakura Minggu Ini

"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya ."

Saturday, February 21, 2009

Aku yang kerdil ini..



Tuhanku..
Aku rela berumahkan pohon
dan langit sebagai bumbungku
dan bumi , sejadahku.
Seorang faqir hanya memerlukan itu semua
sekadar untuk meneruskan perjalanannya.

Agar dengan ini,
Kau sentiasa bersamaku:
bila ku sebut NamaMu bergetar jantungku
bila ku teringatkanMu berderai airmataku

Betapa bahagianya diriku dan
betapa Agungnya DiriMu!

No comments:

Post a Comment