Madah Sakura Minggu Ini

"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya ."

Friday, February 20, 2009

SBE.. pengalaman yg Berharga..

Untuk pengetahuan korang semua, minggu lepas aku n member kat IPDA kena wat School Based Experience (SBE).. maksudnya kami semua yg baru sebulan m'nuntut ilmu perguruan ni perlu n diwajibkan untuk wat SBE ni. tujuan SBE ni sebenarnya nk bagi pengalaman kt semua bakal2 guru termasuk aku utk merasai suasana kt sekolah.. tak lah nnt bila kena wat praktikal masing2 tercengang2 mcm rusa masuk kg.. aku ngan 6 orang lagi member ditmptkan kat sek.keb. hj mohd Shariff, alor Setar. Skolah tu betul2 kat tgh bandar AS dan dikelilingi dgn beberapa buah skolah yg lain.. so faham2 je la kalo dh kat bandar tu.. sesaknya bukan main lagi terutamanya waktu pagi sbb semua org nk ke skolah.. ari pertama kami pegi nasib baik loceng lom bunyi kalo tak wat malu jer!! sbb ari Ahad kat skolah kedah biasanya diadakan perhimpunan.. nasib baik tak lewat..Fuhhh..

Kami yg pegi kat skolah tu berasal dri major yg berlainan.. 3 org girls t'masuk aku major science, 3 org boys pulak major maths, n girl yg last cikgu pemulihan.diorang ada gelaran yg student bg.. kak falah(cikgu ustazah), fairuz (cikgu muda), , theena (cikgu disiplin), suresh(cikgu baik), khairul (cikgu hensem) n kak Intan( sori aku tak tau sbb dia jarang lepak ngan kami).. student2 kat sini kebanyakannya ibubapa adalah golongan pegawai kerajaan..cikgu, bomba,polis,doktor n lain2.. tp ada gak yg takde parent..mereka ni dari yayasan al-bukhari iaitu tmpt utk anak2 yatim kesian aku tgk bebudak ni.. byk yg diorang ketinggalan terutamanya dalam pelajaran kalo nk dibandingkan ngan kawan yg masih ada parent ni..maklumlah takde siapa nk uruskn atau tgkkan mereka blajar masa kat umah.. harap cikgu je kat skolah.. simpati aku pada nasib anak-anak istimewa ni..

Semalam aku cuba masuk dlm kelas pemulihan.. ade sorang murid ni tahun 2 dr yayasan al-bukhari.. dia tak kenal huruf 'i'.. bila aku tunjuk huruf 'i'..dia asyik sebut huruf 'n'.. beberapa kali aku tunjuk dan betulkn tp dia still sebut 'n'.. akhirnya aku suruh dia tgk betul2 huruf tu..n sebut berkali2 ngan dia"..i..i..i..i..i..i..i..i..i..i..i..i.." alhamdullilah berkat kesabaran.. akhirnya dia dapat gak sebut huruf 'i'.. bila aku uji dia dengan satu perkataan.. SAWI..dia boleh kenal dah huruf yg terakhir tu ialah huruf' i' bukannya huruf 'n'.. perasaan aku masa tu tuhan saja yg tahu.. happy sgt.. kalo korang duk kat tempat aku baru korang bley rasa perasaan tuu macammana.. hehehe.. aku rasa ni la kepuasan seorang guru bila ank muridnya dpt sesuatu yg diajarnya..

No comments:

Post a Comment