Madah Sakura Minggu Ini

"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya ."

Friday, January 30, 2009

Sunyi di hati ini...


Sunyi di hati ini...
12.24 pagi muncul lagi
tiada siapa di sini
hanya aku yg terbaring sepi

Sunyi di hati ini...
lagu radio dh tak bermakna lagi
tidak memberi sebarang erti
hanya menyakitkan hati
membingitkan mlm ku yg sepi ini

Sunyi di hati ini...
ke mana semua kalian pergi
aku tak sanggup lagi begini
jasad di sini tp hati tiada lagi

Sunyi di hati ini...
ikutkan hati inginku pergi
mencari penyebab ubati hati
tp di mana harusku mencari
kerna mlm telah larut begini

Sunyi di hati ini...
gambar ku tatapi mengubati hati
dilihat dibelek berkali-kali
dan akhirnya di sini
penaku terjatuh coretanku pun terhenti

No comments:

Post a Comment