Madah Sakura Minggu Ini

"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya ."

Friday, January 16, 2009

Sakura


Nama yang merujuk kepada pokok-pokok hiasan ceri dalam bahasa Jepun, Prunus serrulata, serta kelopak-kelopak mereka. Buah ceri (dikenali sebagai sakuranbo) muncul daripada sebuah spesies pokok yang berbeza. Selain itu, Sakura juga merupakan nama yang seringkali digunakan masyarakat Jepun.

Sakura merupakan tumbuhan yang asli di Banjaran Himalaya, Bengal Utara (kini Bangladesh) dan di Asia timur seperti China, Jepun danKorea Selatan. Jepun mempunyai jenis sakura yang berbeza-beza; lebih daripada 305 jenis boleh ditemui di sana. Kebanyakan daripada mereka telah dikacukkan secara tiruan atau dicantumkan oleh orang Jepun hortikultur berabad yang lalu.

Kemekaran bunga-bunga ini bermula di Okinawa pada Januari dan lazimnya mendekati Kyoto dan Tokyo pada akhir bulan Mac atau permulaan bulan April. Kemudian ia bergerak ke altitud yang lebih tinggi, hingga ke Hokkaido beberapa minggu kemudian.

No comments:

Post a Comment