Madah Sakura Minggu Ini

"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya ."

Tuesday, May 5, 2009

Roda Waktu Kita..



Sajak ini sy dedikasikan buat teman nun di sana.. suatu masa dulu.. kami penah belajar di sebuah sekolah tangan gerak.



Bagi aku..
Waktu itu bak roda yang berputar..
Aku, kau dan semua..
kita sama-sama berpacu dengannya..
Jangan pernah berhenti, diam atau mati..
Mari kita berlari dan terus memacunya..

Kau pun tahu..
Ada yang lalai...lupakan waktu..
Ada yang terlena... tak ingatkan waktu..
Ada yang mati... digilis roda waktu..


Aku sedar..
Waktu itu selalu berputar..
membawa serpihan-serpihan cabaran dan dugaan..
apabila kita berhenti terdiam...
roda waktu tetap akan berputar..
kita akan dilanggar dan tercalar..
Engkau pun harus sedar..
Ada sinar di hadapan sana..
Ayuh kita sama-sama melangkah..
Biar setapak demi setapak..
Kita gerak bersama-sama..
Takkan ku biarkan kau sendiri..
Biar seluruh dunia mengagumi..
Kehebatan aku dan engkau!


No comments:

Post a Comment