Madah Sakura Minggu Ini

"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya ."

Tuesday, March 17, 2009

Bangsa si Ketam...

Ketam ni namanya Anak Ketam..dia tak tahu ape2..dia hanya mengikut jer ape2 yang dibuat oleh ketam2 yang lebih dewasa dari dia.. mcm budak baru belajar la.. kalo yang diajar tu perkara yang salah, maka salah la dia sampai ke hari tuanya nanti..

Ketam yang ni pula namanya Ketam Bergaya.. dia ni sebenarnya tak menarik minat sesape pun.. cuma diri sendiri saje yg asyik perasan... dia sebenarnya tak tau nk wat ape dalam hidup dia.. yang dia tahu makan n bergaya je dan satu lagi mengabiskan harta benda mak bapa dia saje..


Ketam seterusnya ni pula ialah Ketam Kaki Panjang. Berdasarkan nama dia kita dah tau dia ni jenis yang suka merayap2 tak kira masa..al maklum la kakinya panjang... kekerapan dia merayap sampai ke lewat malam adalah sangat tinggi.. kadang-kadang sampai tak balik umah n lupakan keluarga..

Ketam ni yang paling ditakuti.. nama dia Ketam Hantu..nampak luaran bukan main lagi warna putih.. konon2 baik tp sebenarnya bertanduk.. ketam ni kita susah nk kesan kejahatan yg dibuatnya.. ketam ni sangat bijak dan licik sebab dia pandai berpura2.. berhati-hati dengan ketam jenis ini..

Ketam yang berikutnya pula ialah Ketam Pembunuh. Ketam ni memang kerja dia membunuh saje.. dia mmg tak ade perasaan berperikeketaman langsung..sanggup membunuh ketam lain asalkan niatnya tercapai.. motonya " KILL...KILL...DIE...DIE.."... hati ketam ni keras mcm kulitnya juga.. sebab tu dia takde perasaan belas kat katam lain.

Ketam yang ni memang hebat.. namanya Ketam Emas. Ketam ni paling kaya di antara semua ketam-ketam yang ada.. badan dipenuhi dengan emas dan batu permata.. tp cara dia dapatkan kekayaan dia tu tak tahu la sama ada ikut cara yang betul atau cara yang salah.. kalo guna cara yang betul tu bagus la..tp kalau asyik makan rasuah je..tak selamat la kamu wahai ketam emas...


Ketam yang terakhir ni pula ialah Ketua Ketam. Dia ni merangkap pemimpin ketam-ketam yang ada.. cita-citanya nk memajukan bangsa2 Ketam tetapi tu semua tak berjaya.. sebab diri nya sendiri pun tak maju.. ketua ketam ni sangat pandai berkata2 tetapi tak ada satu pun yang mampu dikotakannya.. dia suka suruh ketam lain ikut cara yang betul tp betulkah cara yang dibuatnya tu??

##Kesimpulannya, masyarakat ketam tidak akan bahagia dan aman kalau masih ada lagi jenis2 ketam seperti di atas tadi.. masyarakat ketam harus fikir dan renungkan semua perkara tersebut.. jangan leka dan lalai kerana bangsa ketam lah yang perlu memajukan bangsa ketam itu sendiri..##

No comments:

Post a Comment