Madah Sakura Minggu Ini

"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya ."

Thursday, June 4, 2009

Katakan Dengan Indah



kukatakan dengan indah
dengan terbuka
hatiku hampa
sepertinya luka
menghampirinya
kau beri rasa

yg berbeda
mungkin kusalah
mengartikannya
yang kurasa cinta

* tetapi hatiku
selalu meninggikanmu
terlalu meninggikanmu
selalu meninggikanmu

** kau hancurkan hatiku
hancurkan lagi
kau hancurkan hatiku
tuk melihatmu
kau terangi jiwaku

kau redupkan lagi
kau hancurkan hatiku
tuk melihatmu

back to *
membuatku terjatuh

dan terjatuh lagi

** membuatku merasakan
yang tlah terjadi
semua yang terbaik
dan terlewati
semua yang terhenti
tanpa kuakhiri

Aku Masih seperti Dulu

Kau masih ku sayang
Sehangat waktu cinta bermula
Tidak pernah pudar
Kasihku padamu
Sekalipun musim berlalu
Kau masih ku rindu
Walaupun tidak aku lafazkan
Tidak pernah aku
Membenci dirimu
Sekalipun engkau sakiti
Aku masih seperti dulu dahulu
Merahnya cintaku
Menyala di kalbu
Aku masih yang kau kenal dulu
Harumnya kasihku
Semerbak merindu
Ku merenung jauh
Kiranya ku hidup bersamamu
Akan ku cuba
Bahagiakanmu
Sekalipun hati terluka

Tuesday, June 2, 2009

10 tanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita


Gunakan seluruh pancaindera, Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;


1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang atau selesa bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Monday, June 1, 2009

Karangan Anak buah aku!


Kat bawah ni adalah karangan anak buah aku.. aku suruh dia taip sendiri.. so ni kat bawah ni adalah karya dia!! hehe.. korang baca la sendiri.

"nama saya fatieha nadhira. sekolah saya sek kebangsaan tg bariah. saya tinggal taman bukit bayas indah. umur saya 7 tahun. saya ada keluarga. iaitu mak chak, dan mok, mak lang, mak su, pakcik, tokwan, mak ude. harap maklum. sekian terima kasih!!!
abah,umi,saya garang. "

Doa untuk memudahkan sebarang urusan



Maksudnya:
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

Sunday, May 31, 2009

I scream for Ice cream!!



waaaa.... nk ice creammm!!

tebiba tingin nk mkn ice cream lak ni!! huhuhu..

sedih..skang tak bley makan sbb sakit.. tp takpe nnt kalo dh sembuh aku nk mkn ice cream yg special!! maybe ice m'sia...hehehe...

Sayonara...

31 Mei 2009...

ari terakhir bg bulan yg penuh liku buat aku..
byk perkara yg berlaku sepanjang bulan ni..
kalo nk disenaraikan mmg byk..
harap bulan yg akan datang ni lebih menyenangkan..
tp buat masa skang aku nk rehatkan minda dan badan supaya lepas cuti ni boleh start kija kuat!
kena gi praktikal dh lepas ni.. tak sabar nk ngajar!! pupils wait for me... i will see u all soon!!

Saturday, May 30, 2009

OnCe upOn a TimE..

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati telah letih
aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada
hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi
dan sepi
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

Friday, May 29, 2009

darahku ade Bakteria????


Apa????? jangkitan Bakteria!!! biar betul..hmm...aku rasa mesti ade org kat dlm dewan aritu dh sebarkan bakteria tu kat aku..!! sbb masa adlm dewan tu ramai yg dok batuk..patutla aku tetiba je demam dengan begitu teruk sekali..sampai tak larat jln..sampai terduduk kat tepi jln..tunggu org kutip bawa pegi spital! ni la first time aku kena amik darah untuk wat ujian darah.. ari rabu kena cucuk sampi ari ni masih ade lagi kesan lebam dan bengkak pada bekas yg dicucuk tu..

aduhh.. sabar je laa.. dh bape ari gak aku tak slera makan..tenaga pun takde dh..nk berjalan kena berpaut kat benda2 sekeliling aku tak pun org tolong pimpin ( masa nk gi kelas yg terakhir).. ni aku tulis blog ni pun sambil dok baring.. tak larat nk bangun..huhu.. harap2 cepat sembuh..sbb byk lagi kija yg perlu aku settlekan dlm cuti ni..


Tuesday, May 26, 2009

hanya Dia yg tahu..


Langkah-langkah tersusun rapi
menyusur lorong duka
berpinar pandangan mata
dibalut kesedihan silam
bila irama itu beralun lagi
Bersama sebeban derita
ku ikat rapi di belakang usia
agar tidak tercicir
dalam penghijrahan