Madah Sakura Minggu Ini

"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya ."

Friday, March 27, 2009

BAHAGIA...BAHAGIA...BAHAGIA...(^_^)


Aku bahagia bila...
melihat ibubapa ku bahagia..
aku bahagia bila..
melihat kakak dan adik-adik ku bahagia..
aku bahagia bila..
melihat teman-teman ku bahagia..
aku bahagia bila..
melihat dikau juga bahagia..
aku bahagia bila..
semua orang bahagia...
Tapi... adakah aku benar-benar bahagia sekarang???
Ya.. aku 'Bahagia' sekarang...
'Bahagia' aku bila terlalu byk assigment..
'Bahagia' aku bila terpaksa berjauhan dari teman-teman..
'Bahagia' aku bila terpaksa melupakan kenangan itu..
'Bahagia' aku bila hidup bersendirian..
'Bahagia' aku bila tidak dapat tido lena saban malam..
'Bahagia' aku bila banyak masalah yg datang..
'Bahagia' aku bila kesibukan yg datang..
'Bahagia' aku bila disakiti..
'Bahagia' aku bila aku dilupakan..
'Bahagia' aku bila kesunyian..
Lihatlah dunia.. betapa bahagianya aku sekarang..
Tak ada ape yg perlu dirisaukan lagi...
kerana aku betul-betul BAHAGIA..!!!!

Bangkit semula dari kubur..

Sukar nk dipercayai.. dan sukar nk diterima akal.. aku akan bangkit semula dr 'kubur' tp bukan sbg hantu tetapi sebagai seorg yg lebih matang.. Aku nk jadi MIZAKHAL yg lebih matang daripada MIZAWA yg dh 'mati' tu..hehe.. kesian MIZAWA.. wataknya dh mati.. episod baru ni menampilkan MIZAKHAL yg lebih fokus terhadap kerjayanya.. dia taknk fikirkan benda2 yg remeh lagi dh..

Matlamat MIZAKHAL:- 1. Menunaikan ibadah dgn lebih sempurna.. ...2. Beli sebuah rumah yg berkonsepkan Bali...3.Beli piano utk m'isi masa lapang ketika bersendirian dan practice utk mengajar students..4. Beli sebuah kereta yg dh lama diimpikan... 5. Membuat reunion ngan rakan2...6. Mengajar di pulau yg ada kat Sabah.. 7. Meninggal dunia dlm keimanan.

Buat rakan2.. Mizakhal doakan korang semua berjaya n bahagia selalu tak kira di mana korang berada.. semoga apa yg kita lakukan dapat keberkatan daripada ALLAH SWT...Amin..
Mizakhal juga nk memaafkan semua kengkawan n nk minta maaf dengan semua.. mizakhal nk mulakan hidup baru..tanpa rasa bersalah dan sebarang dendam di hati.. semoga kita dpt berjumpa suatu hari nnt.. FRIENDSHIP FOREVER...

Tuesday, March 17, 2009

Bangsa si Ketam...

Ketam ni namanya Anak Ketam..dia tak tahu ape2..dia hanya mengikut jer ape2 yang dibuat oleh ketam2 yang lebih dewasa dari dia.. mcm budak baru belajar la.. kalo yang diajar tu perkara yang salah, maka salah la dia sampai ke hari tuanya nanti..

Ketam yang ni pula namanya Ketam Bergaya.. dia ni sebenarnya tak menarik minat sesape pun.. cuma diri sendiri saje yg asyik perasan... dia sebenarnya tak tau nk wat ape dalam hidup dia.. yang dia tahu makan n bergaya je dan satu lagi mengabiskan harta benda mak bapa dia saje..


Ketam seterusnya ni pula ialah Ketam Kaki Panjang. Berdasarkan nama dia kita dah tau dia ni jenis yang suka merayap2 tak kira masa..al maklum la kakinya panjang... kekerapan dia merayap sampai ke lewat malam adalah sangat tinggi.. kadang-kadang sampai tak balik umah n lupakan keluarga..

Ketam ni yang paling ditakuti.. nama dia Ketam Hantu..nampak luaran bukan main lagi warna putih.. konon2 baik tp sebenarnya bertanduk.. ketam ni kita susah nk kesan kejahatan yg dibuatnya.. ketam ni sangat bijak dan licik sebab dia pandai berpura2.. berhati-hati dengan ketam jenis ini..

Ketam yang berikutnya pula ialah Ketam Pembunuh. Ketam ni memang kerja dia membunuh saje.. dia mmg tak ade perasaan berperikeketaman langsung..sanggup membunuh ketam lain asalkan niatnya tercapai.. motonya " KILL...KILL...DIE...DIE.."... hati ketam ni keras mcm kulitnya juga.. sebab tu dia takde perasaan belas kat katam lain.

Ketam yang ni memang hebat.. namanya Ketam Emas. Ketam ni paling kaya di antara semua ketam-ketam yang ada.. badan dipenuhi dengan emas dan batu permata.. tp cara dia dapatkan kekayaan dia tu tak tahu la sama ada ikut cara yang betul atau cara yang salah.. kalo guna cara yang betul tu bagus la..tp kalau asyik makan rasuah je..tak selamat la kamu wahai ketam emas...


Ketam yang terakhir ni pula ialah Ketua Ketam. Dia ni merangkap pemimpin ketam-ketam yang ada.. cita-citanya nk memajukan bangsa2 Ketam tetapi tu semua tak berjaya.. sebab diri nya sendiri pun tak maju.. ketua ketam ni sangat pandai berkata2 tetapi tak ada satu pun yang mampu dikotakannya.. dia suka suruh ketam lain ikut cara yang betul tp betulkah cara yang dibuatnya tu??

##Kesimpulannya, masyarakat ketam tidak akan bahagia dan aman kalau masih ada lagi jenis2 ketam seperti di atas tadi.. masyarakat ketam harus fikir dan renungkan semua perkara tersebut.. jangan leka dan lalai kerana bangsa ketam lah yang perlu memajukan bangsa ketam itu sendiri..##

Lagu zaman kanak-kanak..


Burung kakak tua
hinggap di jendela
nenek sudah tua
giginya tinggal dua

lecum.. lecum....
lecum ulala....
lecum.. lecum....
lecum ulala....
lecum.. lecum....
lecum ulala....
Burung kakak tua..

****Lagu ni aku dah lama tak nyanyi..tiba-tiba bila dah tua cenggini kena nyanyi n conduct lagu ni lak.. tingat balik zaman kanak2 aku dulu..hehe..best jugak kalo skali skala jd budak2 ni tak payah nk pikir mcm-mcm masalah..****

Saturday, March 14, 2009

The Reality

Minggu ni aku cuti seminggu.. tp dalam masa seminggu ni mcm2 benda yg perlu aku siapkn..byk assignment yg lecturer bg dan sesungguhnya semua itu perlu disubmit lepas cuti ni!! adoii!!! sakit rasanya.. kalo dulu kat MyslTC kata dh byk assignment tp kat IPDA ni 2 kali ganda byknya!! kepada mereka2 yg nk masuk KPLI aku suggest korang kena siapkn diri untuk berhadapan dgn keja2 yg byk ni.. kalo tak korang mungkin bley give up!! sbb dlm masa yg sgt2 terhad ni korang perlu wat mcm2 kija.. maksud aku mcm ni.. pagi kul 8 sampai kul 1.30 kelas.. pastu rehat 1 jam.. tp kadg2 tak rehat pun..sbb masa ni je ade utk kita jumpa lecturer.. masa len tak sempat.. kena pandai2 curi masa la.. kdg2 nk mkn pun tak sempat.. kul 2.30 kena smbg kelas atau gerko lak.. kdg 2 balik kul 5.00 ptg .. tu pun kalo bernasib baik.. kalo tak kul 7.00 ptg le jawabnya baru bley balik.. time tu baru bley cari mkn dgn tenang.. so korang fikirkn la.. aku bukan nak takutkan korang yg nk wat KPLI cuma nk korang bersedia ngan situasi sebenar yg bakal korang tempuhi nnt.. so selamat berjaya!!! maju la kawan2 untuk diri sendiri n keluarga anda..hehe...